Khamis, 27 Oktober 2011

RANCANGAN PENGAJARAN KITAR SEMULA

Matapelajaran                                               :           Sains
Tahun                                                              :           4  Nilam
Masa                                                              :           60 minit
Tema                                                              :           Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran (LA)                         :           Sifat Bahan
Objektif Umum(LO)                       :              Mengetahui kepentingan guna semula,    mengurangkan penggunaan dan kitar semula bahan.
Hasil Pembelajaran(LOT)                           :          
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i.              memberikan sebab mengapa bahan perlu dipelihara.
ii.            guna semula bahan untuk memelihara bahan dan alam sekitar.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran      :           Kontekstual
Strategi                                                                      :           Aktiviti `Hands-on`

Fasa Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Megetahui maksud guna semula

Jenis Aktiviti : Perbincangan

1.    Guru membimbing perbincangan mengenai aktiviti guna semula dalam kehidupan harian murid.

Soalan : 
Tahukan anda apakah maksud guna semula?
Apakah bahan-bahan yang boleh diguna semula dalam kehidupan harian anda?

2.    Murid memberikan contoh bahan-bahan yang boleh diguna semula.



Kemahiran Proses Sains: Komunikasi, menghubungkait

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni:
Minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Tahap Kognitif:  Pengetahuan


Pencetusan Idea

(5 minit)


Menunjukkan contoh gambar bahan-bahan yang diguna semula.

Jenis Aktiviti : Memerhati

1.    Guru memaparkan slaid power point yang mengandungi gambar bahan-bahan yang diguna semula.

2.    Guru meminta murid untuk mencadangkan cara untuk menggunakan semula surat khabar lama.

Soalan : 
Apakah yang boleh dilakukan dengan surat khabar lama?


BBM: Slaid power point

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir:  menghubungkait

Nilai Murni:
Patriotisme, bertanggungjawab, cinta terhadap alam sekitar

Pelbagai Kecerdasan:  Visual

Tahap Kognitif:  Pengetahuan, pemahaman


Penstrukturan Semula Idea

(10 minit)


Penerangan langkah-langkah membuat replika haiwan menggunakan surat khabar lama.

Jenis aktiviti: Penerangan

Arahan:
Guru meminta murid untuk menghasilkan replika haiwan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam power point.










BBM: Slaid power point  

Kemahiran Proses Sains:  Memerhati

Kemahiran Berfikir:  Mengikut urutan

Pelbagai Kecerdasan:  visual

Tahap Kognitif:  Pengetahuan





Aplikasi Idea
(35 minit)

Menghasilkan replika haiwan dengan menggunakan surat khabar lama

Jenis aktiviti  :
 `Hands-on’

1.    Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2.    Murid menghasilkan replika haiwan dalam kumpulan masing-masing.

BBM: Surat khabar lama, gam, dawai, pewarna air@ spray, berus warna, masking tape, tisu, labuci dll.


Nilai Murni:
Berkerjasama

Pelbagai Kecerdasan:  interpersonal

Penutup

(5 minit)

Peneguhan

Jenis aktiviti : Soal jawab

1.    Guru menyoal murid tentang kepentingan guna semula bahan.

Soalan:
Mengapakah kita perlu guna semula bahan?

     
2.    Guru membuat kesimpulan tentang sebab bahan perlu dipelihara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan