RANCANGAN PENGAJARAN KITAR SEMULA
Tahun : 4 Nilam
Masa : 60 minit
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan
Objektif Umum(LO) : Mengetahui kepentingan guna semula, mengurangkan penggunaan dan kitar semula bahan.
Hasil Pembelajaran(LOT) :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
i. memberikan sebab mengapa bahan perlu dipelihara.
ii. guna semula bahan untuk memelihara bahan dan alam sekitar.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Kontekstual
Strategi : Aktiviti `Hands-on`
Fasa Pengajaran | Isi Kandungan | Aktiviti P&P | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | Megetahui maksud guna semula | Jenis Aktiviti : Perbincangan 1. Guru membimbing perbincangan mengenai aktiviti guna semula dalam kehidupan harian murid. Soalan : Tahukan anda apakah maksud guna semula? Apakah bahan-bahan yang boleh diguna semula dalam kehidupan harian anda? 2. Murid memberikan contoh bahan-bahan yang boleh diguna semula. | Kemahiran Proses Sains: Komunikasi, menghubungkait Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental Nilai Murni: Minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling Tahap Kognitif: Pengetahuan |
Pencetusan Idea (5 minit) | Menunjukkan contoh gambar bahan-bahan yang diguna semula. | Jenis Aktiviti : Memerhati 1. Guru memaparkan slaid power point yang mengandungi gambar bahan-bahan yang diguna semula. 2. Guru meminta murid untuk mencadangkan cara untuk menggunakan semula surat khabar lama. Soalan : Apakah yang boleh dilakukan dengan surat khabar lama? | BBM: Slaid power point Kemahiran Proses Sains: Memerhati Kemahiran Berfikir: menghubungkait Nilai Murni: Patriotisme, bertanggungjawab, cinta terhadap alam sekitar Pelbagai Kecerdasan: Visual Tahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman |
Penstrukturan Semula Idea (10 minit) | Penerangan langkah-langkah membuat replika haiwan menggunakan surat khabar lama. | Jenis aktiviti: Penerangan Arahan: Guru meminta murid untuk menghasilkan replika haiwan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan dalam power point. | BBM: Slaid power point Kemahiran Proses Sains: Memerhati Kemahiran Berfikir: Mengikut urutan Pelbagai Kecerdasan: visual Tahap Kognitif: Pengetahuan |
Aplikasi Idea (35 minit) | Menghasilkan replika haiwan dengan menggunakan surat khabar lama | Jenis aktiviti : `Hands-on’ 1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2. Murid menghasilkan replika haiwan dalam kumpulan masing-masing. | BBM: Surat khabar lama, gam, dawai, pewarna air@ spray, berus warna, masking tape, tisu, labuci dll. Nilai Murni: Berkerjasama Pelbagai Kecerdasan: interpersonal |
Penutup (5 minit) | Peneguhan | Jenis aktiviti : Soal jawab 1. Guru menyoal murid tentang kepentingan guna semula bahan. Soalan: Mengapakah kita perlu guna semula bahan? 2. Guru membuat kesimpulan tentang sebab bahan perlu dipelihara. |